Senin, 21 Desember 2015

Saiyidina Ali dan Peminta Sedekah

Saiyidina Ali dan Peminta Sedekah

Siti Fatimah, Isteri Saiyidina Ali didatangin seorang peminta sedekah. Ketika itu saiyidina Ali mempunyai 50dirham. Setelah menerima uang, pengemis itupun balik. Ditengah jalan, Saiyidina Ali bertanya berapa banyak yang diberikan oleh saiyidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saiyidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi kerumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah S.W.T berjumpa Saiyidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saiyidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupannya untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak mempunyai uang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saiyidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli untu itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saiyidina Alipun menjualkan untanya kepada orang itu. Setelah mendapat uang, Saiyidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah S.A.W berjumpa Saiyidina Ali lalu bertanya: "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?". Apabila Saiyidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi S.A.W menerangkan bahwa yang menjual unta itu ialah Malaikat Jibril dan yang membeli untanya ialah Malaikat Mikail.

Moral & Ikhtibar
> Allah S.W.T membalas atau memberi ganjaran berlilat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
> Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima didunia lagi.
> Berikanlah bantuan kepada orang yang berada didalam kesempitan kelak Allah S.W.T akan melepaskan kita semasa kita berada dalan kesusahan.
> Keyakinan kepada balasan baik Allah S.W.T merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Semoga bermanfaat dan menambah ilmu kita khususnya untuk diri kita sendiri, keluarga dan kerabat tercinta. Aamiin.

Mohon maaf apabila ada kesalahan atau kekurangan dan kelebihan dalan pengetikan kata. Karena yang menulis masih dalam proses belajar dan tidak lebih pandai dari yang membaca. Terimakasih.

Wasalamuallaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar